Mengenai Kami

 

Permulaan Kami

Dalam dunia digital yang serba moden ini, pengguna seringkali dilambakkan dengan iklan pelbagai produk. Pengguna menjadi keliru semasa membuat keputusan untuk membeli sesuatu jenama barangan.

Setiap pengguna mahu didengari. Menyedari hal ini, Maëlle Pochat dan Alexia Sichère mahu memberi pengguna peluang untuk berkongsi pendapat mereka dalam satu komuniti yang sebenar, komuniti yang dipacu oleh pengguna dan memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan jenama barangan. Pada Januari 2016, lahirlah Try and Review. Pengasasnya, Pochat dan Sichère membina platform ini dengan tiga tujuan.

  1. Untuk memberi kuasa kepada satu komuniti pengguna dengan berkongsi ulasan jujur dan adil

  2. Untuk membantu pengguna membuat pilihan dalam pembelian produk

  3. Untuk menggalakkan perniagaan yang menilai pentingnya ulasan-ulasan yang tulen

 

Dengan ribuan ulasan, Try and Review membolehkan pengguna menggunakan potensi sebenar mereka dalam membuat pilihan pembelian.

Try and Review merupakan satu sumber ulasan pengguna yang dikenali di peringkat antarabangsa dengan meliputi sebanyak 30K produk dalam 8 kategori: Kecantikan, Kesihatan, Kediaman, Kemewahan, Barangan Bayi, Makanan, Penjagaan Haiwan dan Barangan Elektronik.*Halaman jenama Try and Review Pte Ltd boleh didapati di 13 pasaran yang mana ianya berkongsi ulasan jujur dengan melebihi 1.2 juta ahli**.  Misi Try and Review masih sama walaupun ia telah berkembang dan memasuki beberapa negara – untuk memberi kuasa kepada pengguna menyuarakan pendapat mereka mengenai barangan pengguna dalam bentuk ulasan yang tulen dan tidak berat sebelah. Dengan menyediakan pangkalan data maya ini, Try and Review membenarkan ahli untuk mencuba produk pengguna dan pada masa yang sama berkongsi pemahaman mengenai produk bagi membantu rakan-rakan pembeli yang lain membuat pembelian dengan lebih baik.
 

Visi Kami

Untuk meluaskan pengaruh kuasa ulasan pengguna; pada masa sama, membentuk bagaimana jenama barangan memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.

Visi kami ialah untuk membina satu platform bertaraf global dan kukuh yang mana ianya boleh digunakan sebagai rujukan untuk membuat pilihan dalam pembelian dan pengguna dengan jelas memacu kejayaan sesuatu produk. Melihat iklan tidak lagi mencukupi dalam membuat keputusan pembelian. Dengan adanyaTry and Review, kami berharap dapat membina platform di mana pengguna merupakan pembuat keputusan sebenar bagi pilihan belian yang terbaik. Dengan itu, pengaruh “mulut-ke-mulut” ini akan dihormati oleh jenama barangan dan menggambarkan pengiklanan pada masa depan.

 

Nilai Kami

Ketulenan

Try and Review menyediakan ulasan dan pendapat bijak daripada pembeli seperti anda. Kami mengalu-alukan maklumbalas yang original dan ini menjadikan komuniti pengguna global kami satu sumber pengalaman produk dan jenama yang dipercayai.

 

Ketelusan

Kami tahu kepercayaan sumber ulasan dan kesahihan kandungan yang diterbitkan adalah penting. Di Try and Review, kami memberi kemudahan ulasan pengalaman yang telus sepenuhnya. Pengguna dalam komuniti keahlian ini, berkongsi pendapat secara terbuka agar pengguna Try and Review yang lain mendapat maklumat sebelum membuat pembelian. Satu garis panduan juga perlu dipatuhi untuk pastikan semua ulasan yang dikeluarkan adalah sesuai, relevan, berguna dan tulen. Baca garis panduan kami di sini.

 

Komuniti
Try and Review tidak mungkin akan berada di sini tanpa adanya komuniti atas talian kami yang terdiri daripada pengguna, ahli dan jenama barangan. Dengan adanya Try and Review sebagai pengeluar ribuan ulasan, pengguna pula menyertai kami untuk mendapat maklumat pembelian yang terbaik. Ahli-ahli kami menguji sesuatu produk dan berkongsi ulasan untuk membantu pembeli-pembeli membuat keputusan yang lebih baik. Ulasan-ulasan ini juga memberi pemahaman bernilai untuk membangunkan produk yang lebih baik di pasaran. Jenama barangan bekerjasama dengan kami untuk mengembangkan lagi pasaran mereka, membina reputasi atas talian dan menarik minat pelanggan baru.
 

* Sumber 2018: Fail log Try and Review, jumlah produk bulanan, September 2018

** Sumber 2018: Fail log Try and Review, jumlah keahlian bulanan, November 2018