Di Try & Review, kami menggalakkan ulasan yang tulen kerana kami ingin membantu pelanggan membuat keputusan bijak ketika membeli. Samada pengalaman anda semasa mencuba produk adalah positif atau tidak ,kami masih menggalakkan ahli memberi ulasan.yang jujur.
Tahniah, anda bersedia untuk menulis ulasan yang pertama! Ikuti proses seterusnya untuk menulis dan menerbitkan ulasan anda di laman web Try & Review. Selamat Menulis!
*Lihat langkah-langkah di bawah untuk tahu bagaimana menerbitkan ulasan pertama anda.
DAFTAR:
Adakah anda seorang ahli Try & Review? Jika tidak, daftar di sini. Tiada sebarang caj dikenakan untuk pendaftaran!
SKOR:
Dengan skala 1 hingga 5, dari lemah ke cemerlang, bagaimana anda menilai:
-
Pembungkusan
-
Harga
-
Rasa (jika berkenaan)
-
Tekstur (jika berkenaan)
Selepas anda membuat keputusan muktamad, pilih skor untuk setiap kategori dengan teliti.
ULASAN:
Kini luahkan apa yang anda rasa dalam bentuk tulisan! Pertimbangkan beberapa tip berikut semasa menulis ulasan anda:
Spesifik. Apakah ciri-ciri yang anda suka? Jangan hanya tulis anda sukakan produk tersebut, tapi jelaskan kenapa. Ceritakan pengalaman spesifik anda dengan jelas – lebih terperinci, lebih baik dan menarik.
Mudah dibaca. Gunakan tatabahasa yang betul dan pastikan anda semak ejaan sebelum menghantar.
Objektif. Cuba tonjolkan pandangan positif dan negatif dalam ulasan anda walaupun pengalaman anda lebih cenderung ke satu arah sahaja semasa mencuba produk tertentu.
Relevan. Cuba elakkan topik yang tidak berkenaan atau pendapat peribadi yang tiada kaitan langsung dengan pengalaman mencuba produk itu.
NOTA: Tip-tip di atas tidak ada dalam panduan ulasan tetapi boleh dijadikan rujukan untuk membuat ulasan produk agar ianya lebih berguna dan ditulis dengan lebih baik.
CADANG & KONGSI:
Apakah kebarangkalian anda akan membeli produk ini lagi pada masa akan datang? Agak-agak anda akan mempromosikan produk ini kepada orang tersayang? Selepas ulasan anda terbit, kongsikannya dengan kenalan dan keluarga di media sosial anda. Jangan lupa letakkan tanda pagar (hashtag) kami, #tryandreview!
BAGAIMANA MEMBUAT ULASAN PERTAMA ANDA
-
Klik pada butang Hantarkan Ulasan yang terdapat pada sebelah kanan halaman.


2. Bagi satu tajuk pada ulasan anda.


3. Tulis komen anda di dalam kotak kosong yang disediakan.
Sila berikan maklumbalas terperinci
Di Try & Review, kami menggalakkan ulasan yang tulen kerana kami ingin membantu pelanggan membuat keputusan bijak ketika membeli. Samada pengalaman anda semasa mencuba produk adalah positif atau tidak ,kami masih menggalakkan ahli memberi ulasan.yang jujur.


4. Dari skala 0 hingga 10, nilaikan bagaimana kecenderungan anda untuk:
a. membeli produk ini dalam masa 3 bulan akan datang
b. sarankannya kepada kenalan


5. Pilih bagaimana anda mendapat produk ini.


6. Nilaikan produk dari skala 1 hingga 5, di mana 5 adalah skala yang tertinggi.


7. Lengkapkan ulasan dengan melampirkan sekeping foto anda bersama produk tersebut.


8. Tekan hantar


Terima kasih kerana membantu komuniti Try & Review untuk membuat pilihan produk dengan lebih baik!
Try and Review mahu mendengar pendapat anda! Di komuniti Try and Review, pengguna dibenarkan untuk memberi pelbagai jenis kandungan termasuk ulasan, tip, foto dan video. Untuk pastikan hanya kandungan yang asli, telus dan bernilai sahaja tersedia untuk pengguna kami, standard yang sama digunakan untuk menilai semua kandungan.
- Pengesahan emel daripada satu alamat emel yang aktif atau satu akaun media sosial yang sah diperlukan untuk setiap pengguna yang menghantar kandungan.
- Kami percaya bahawa semua orang mempunyai hak untuk memberi pandangan dan didengari tanpa rasa takut akan sebarang denda atau hukuman, selagi ulasan itu mematuhi panduan di bawah.
- Sebagai platform ulasan yang neutral, kami tidak menilai merit pandangan yang diluahkan di halaman ini dan kami tidak menyelidik fakta kandungan.
- Pengesahan tidak dibuat ke atas mana-mana pandangan yang diluahkan oleh pengulas atau pemilik jenama dalam respon ke atas ulasan yang diberikan.
- Kami tidak memadam atau mengubah teks ulasan atau komen yang dihantar ke halaman ini, tidak kira sekecil mana sekalipun.
- Kami tidak pernah menapis atau memadam kandungan walaupun ianya ulasan yang negatif
Panduan am berikut dibuat untuk menjadikan platform ini selamat dan mesra. Semua ulasan melalui satu proses penilaian dan jika didapati kandungannya tidak menepati standard kami, ulasan tersebut tidak akan diterbitkan.
- Bahasa Yang Tidak Sesuai, Ganas atau Berbau Kebencian. Jika kandungan ulasan mengandungi bahasa menghina atau lucah, mencabul atau mengganggu, diskriminasi atau mengancam.
- Kandungan Spam. Jika ulasan mengandungi URL(s) atau SPAM, tidak masuk akal atau mempromosi barangan peribadi.
- Pengulas Palsu. Jika pengulas dikenalpasti cuba menipu, seperti menulis ulasan bagi jenama pihak pelanggan atau pengulas dibayar untuk menulis ulasan palsu.
- Menyeluruh. Sila pastikan anda menyumbang kandungan yang berguna, terperinci dan jelas. Jadikanlah halaman ini berfaedah untuk semua pengguna.
- Relevan. Tambahan kepada ulasan yang menyeluruh, anda juga perlu memberi pendapat, foto atau video yang relevan dan sesuai dengan produk. Jika ulasan tidak menjelaskan pengalaman pengguna, kami tidak akan menerbitkan ulasan tersebut. Untuk tip-tip bagaimana menulis ulasan, klik di sini.
- Jumlah Minimum Perkataan. Tiada had jumlah perkataan ditetapkan untuk ulasan tetapi kami menetapkan setiap teks ulasan yang dihantar hendaklah sekurang-kurangnya 100 huruf(aksara). Ulasan tersebut bukan sekadar menyatakan anda menyukai sesuatu produk, tetapi sila jelaskan kenapa anda menyukainya.
- Ulasan Pendua. Jangan sesekali menyalin dan menampal semula isi kandungan yang anda ambil dari halaman atau pengguna lain. Sila tulis sendiri teks ulasan dan lampirkan foto dan video milik anda sendiri.
- Sulit. Berhati-hati untuk tidak mengumumkan maklumat peribadi orang lain. Ini termasuklah foto atau video tanpa kebenaran dan nama penuh atau maklumat untuk dihubungi orang tersebut.
Ulasan yang tidak melepasi standard yang telah kami tetapkan akan disemak semula oleh pihak pengurusan ataupun tidak akan diterbitkan. Pengulas yang berulang kali tidak mematuhi garis panduan kami, cubaan menyalahgunakan platform atau telah dikenalpasti sebagai spam akan menyebabkan semua ulasannya dihapuskan, akaun pengguna akan digantung atau ditamatkan dan mungkin juga akan dikenakan denda, sehingga dan termasuk hukuman di sisi undang-undang.
Kami menggalakkan pada sesiapa untuk menghubungi kami. sekiranya anda mengesyaki bahawa Garis Panduan ini tidak dipatuhi dalam apa jua cara.
Kami menyiasat kebimbangan ini dengan teliti dan akan mengambil tindakan yang sesuai.