- 1. Apakah itu Try and Review?
- Try and Review adalah satu sumber ulasan pengguna yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang merangkumi lebih 30K produk dalam 13 kategori: Kecantikan, Penjagaan Diri, Penjagaan Kulit, Penjagaan Rambut, Wangian, Mandi Kesihatan, Rumah, Kemewahan, Bayi, Makanan, Haiwan Peliharaan dan Elektronik. Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai kami di sini.
- 2. Adakah saya perlu menjadi penguji produk untuk menulis ulasan? Atau bolehkah saya mengulas mengenai produk yang pernah saya beli dahulu?
- Tidak, anda tidak perlu menjadi penguji produk untuk menulis ulasan di halaman kami. Untuk menulis ulasan pertama anda, daftarlah sebagai seorang Ahli di sini.
- 3. Saya sedang menulis ulasan pertama saya. Apakah yang harus saya tulis dan lakukan?
- Yey! Terima kasih kerana mengambil langkah pertama untuk berkongsi pandangan bernilai anda. Untuk amalan terbaik dalam menulis ulasan, anda boleh baca tip kami.
- 4. Adakah ulasan saya akan segera diterbitkan?
- Jika ulasan anda diluluskan oleh pihak kami, ulasan itu akan diterbitkan dalam masa 24-48 jam berikutnya. Selanjutnya baca garis panduan kami bagi menulis ulasan.
- 5. Di manakah lokasi Try and Review?
- Pejabat utama kami terletak di Singapura. Bagaimanapun, kami beroperasi di Singapura, Australia, Vietnam, Malaysia, Indonesia, India, Hong Kong, Filipina, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, New Zealand dan United Kingdom.
- 6. Saya mewakili satu jenama dan mahu produk kami disenaraikan di halaman Try and Review. Bagaimana boleh kita bekerjasama?
- Kami gembira mendengar anda berminat. Sila hubungi kami melalui emel di contact@tryandreview.com / web brands.tryandreview.com.